Ahad, 7 Februari 2010

Waktu Operasi

Waktu Operasi

Isnin -Sabtu

9.00 pagi - 7.00 malam

Cuti pada setiap hari Ahad dan hari kelepasan Am.

Creative Media Channel

Ditubuhkan pada tahun Januari 2006 dengan nama Merlimau Print Station, kemudian ianya ditukar kepada Creative Media Channel (MA0105644-X) pada tahun November 2007 untuk tujuan kormersial. Syarikat kami terletak di Taman Paya Dalam dengan menyewa bangunan yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti, Photostat, internet, binding, percetakan dan rekabentuk. Syarikat pemilikan bumiputra sepenuhnya ini mengorak langkah dengan menceburi bidang grafik dan design untuk memenuhi kehendak pelanggan yang semakin berkehendakkan sesuatu yang berlainan dan mengikut citarasa terkini. Dengan kemudahan peralatan yang kami ada, dengan izin Allah, kami akan cuba untuk memuaskan kehendak pelanggan kami.

Keperluan dan kepuasan pelanggan dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang adalah menjadi tanggungjawab kami. Justeru itu, pengalaman kami untuk menghasilkan mutu output yang terbaik dengan memanipulasikan teknologi, seni dan kepakaran. Oleh itu, dengan adanya pengalaman yang luas dalam bidang tersebut kami mampu merealisasikan kehendak pelanggan bagi memudahkan pengguna untuk merealisasikan impian dalam masa tersingkat.